December 3, 2013

mind of heart

Assalamualaikum.

Hye, lama sungguh cek dok tinggalkan dunia maya ni. rindu kat blog kitaaaa... huwargghh!! rindu jugak dekat uolls yang membaca blog kita. huhu. kita tak boleh tidur lah. so nak coret moret sikit lah dekat sini sebab rasa macamm urm something wrong weirdo pulak dekat hati ni. mood risau menguasai diri. damn! for sure, yang iolls tau iolls dah mula melangkah ke alam yang lebih baru. even hanya berselang beberapa hari je tapi macam banyak perkara dah bermain main kat dalam otak ni. joget-joget sakan tarian tango pulak kau tw tak. 

Kadang-kadang terfikir jugak yang suatu hari nanti boleh ke aku membawa diri dengan kehidupan-kehidupan baru? Suatu hari nanti bole ke aku mencapai kejayaan setinggi langit? Suatu hari nanti bole ke aku membanggakan diri sendiri dan jugak orang lain? especially for my parents, atau.... aku akan down pastu terus hanyut dibawa arus ombak sampai tak boleh nak balik-balik lagi sebab kecewa. That's all hanya Dia je yang tw. hhummm mungkin, mungkin jugak aku takut dengan dunia luar yang terlalu banyak dusta dan tipu daya. but, pada positif side. it would be the good and fun life. aku kena percaya, hidup ni semua macam permainan je yang bila kita jatuh, kita boleh bangkit semula dengan hanya ada semangat kuat dalam diri. betol tak?

Mood gua sebenarnya tengah fly-fly honeymoon sekarang ni, usaha gigih aku sebelom ni insyaallah akan membuahkan hasil. doa-doakan la kita yee.. huu... 

so, apa perancangan cik fatin lepas ni? cehh... soalan nak bajet somebody lagi haha. aku memang xbole blahh.. aku nak lepak kat rumah, tergolek golek sakan macam beruang panda yang comel tu sambil makan junkfood, duduk depan tibi pastu melopong tengok sinetron2 indon yang clisye. atete.. buruk perangai. tapi.tapi., itu semua perancangan jee.. sebab hakikatnya, aku kena jadi bibik you know kat rumah. berjinak-jinak dengan dunia masak memasak. my daddy dah buat service bertukar tangan pulak dengan iolls. sedap tak sedap kira orang yang nak makan tu punya pasal lah kan. wkwkwk.. so, dah jadi parts of my hobby. tapi itu bukan masalahnya.

Sebenarnya, saya cuma ingin menghiburkan hati sendiri. lately ni agak cewek sikit. semua benda saya nak terasa, semua benda serba tak kena. sungguhnya saya kecewa dengan diri sendiri. insyaallah saya boleh lalui dengan daya kemampuan yang ada. yes, everything i will do it well. 



Gudnite and takecare... :*

September 28, 2013

salad buah with raisins and nuts

Assalamulaikum. eii kcian dengan blog kite dah lama tak berupdate. apalah cek paten nih. sekarang ni like seriously iollss tengah takde nak fefeling meling menulis catitan dekat blog nih. jari jemari ni taknak pulak dia dancing atas keyboard macam selalu. selalu ke? hahaa.. dalam satu bulan boleh kira mek cuma dua tiga entry je ponn gua mampu buat. akekeke.. so takpayah nak bajet  rajin kata yang jari jemari iollss selalu dancing atas keyboard. selalu jari jari iollss ni dancing atas makanan jee. huu suka gilos makan. 

so, straight to da point. nanti korang bengang pulak kann yang aku dok membebel panjang lebar tapi apa yang nak disampaikan, tak sampai2. i nak sharing menu macam mana nak sediakan salad buah with raisins and nuts nih. kira aku pon suka makan makanan yang balancing diet ni. mudah dan ringkas jee. eleh pakai buah je ponn.. hentam keromat pon bolehh.. but. Sharing is caring! pernah bawak masa jamuan hari raya kat sekolah and my frenss mintak recipi. huehue.. alhamdulillah habes masa bawak tyme tu. lepastu gumbira je bila tengok orang lain makan hasil air tangan kita. ngehngeh :B.  i dah banyak kali try buat and yey! sungguh sedap dengan citarasa. so guys! lets start. 

untuk salad buah ni nak campur buah-buahan apa2 pon boleh.
but i prefer:

Epal merah dan hijau.
sengkuang.
jambu air.
(dipotong dadu)
buah anggur.
*suka letak buah yg keras2 and juicy, tak berapa dengan buah buahan yang terlalu berair.

kobis merah/ungu. (dihiris)
salad hijau.

raisins (i suka pakai yang untuk buat kek buah tu. senang)
cashewnuts. peanuts. hazelnuts. (pakai yang coctail punya je tu pon senang)
then dressing salad buah buahan. (i pakai brand ladys choice)
kalau nak pakai yogurt pon bolehh.. terpulang. :) 

cara membuat:
campurkan semua sekali buahan buahan yang sudah dipotong.
masukkan kobis merah/ungu dan salad hijau bersama.
masukkan raisins and gaul semua sehingga sebati dengan dressing salad.
lepastu taburkan aneka nuts anddd siap!


fruits salad with raisins and nuts.

senang kan? sedap makan bila tyme sejuk. 
*tips: kalau taknak buah-buah tu lebam masa disimpan, rendam dulu dengan air yang bercampur garam.

till then. yeah, selamat mencuba. ;)

Thanks for reading!

September 10, 2013

ngedet-ngedet dengan gurls

Assalamualaikum. kalau boleh aku taknak sentuh pasal exam. tapi.. um. yang dah lepas biarkan. Hye cikgu, sila tanda markah paper saya dengan baik sekali. Kalau boleh semuaa nak A++ .nanti saya belanja cikgu choki-choki plisshh...... (rasuah habaq hang). Huii.. musim hujan yang penuh rahmat. sejuk-sejuk ni kadang buat mud aku freezing naik turun je. tiap kali masuk bilik aku mesti tarik selimut laju-laju pastu pasang kipas kuat-kuat. Kau faham motif aku? haha aku suka buat macamtu. Tak kira petang atau malam, aku mampu dalam keadaan seperti itu. Baca buku dengan berselimut pastu pasang lampu terang-terang memang habit aku. Then, dua jam lepastu buku tercampak mana, and aku tertiarap tah blah mana. bantal takup kat muka. elok sangat perangai. jangan ikut attitude seperti ini, attention please sila belajar di atas meja. cuma alasan aku kukuh sikit, sebab meja i penuh dengan buku-buku yang menggunung lepastu aku jenis tak boleh nak belajar dalam keadaan yang bising. so, aku cuma amik inisiatif untuk belajar dalam bilik dengan keadaan yang selesa iaitu atas tilam. keselesaan yang sangat menggoda. hahhah nak tido je kejenye.

6.18pm. petang tadi i keluar lepak makan char kuey teow tempat member. meletopss! disebabkan aku pon mengidam sama dengan si fiqah, soo... aku gigih jugak nak pegi makan sama. pujuk jugak si wani teman i walaupon sebelom tu penat ikut dia pusing carik barang. terima kasih.



alright... so people i wanna go to sleep now. geng! dah habes trial esok sekolah jugak taw.. kalau ponteng gak anda tak comel :P bye!

September 6, 2013

the meaning an endless of friends


Bila si dara dah mula addicted dengan gambar sendiri, awal awal dah tempek muka sendiri tanpa memberi sebarang mukadimah terlebih dahulu. Abam, kte ayu takk?? eh,eh. ngada-ngada you. motip lagi satu aku tempek gambar awal2. :D well.. entri post yang dah seminggu tersimpan dalam folder. aku nak publish tapi malas nak taip untuk bercerita pulak nyee... Memandangkan aku ni masih budak-budak sekolah lagi, gambo-gambo semua reserved dekat sekolah, patu si mak jemah ni nak bajet-bajet modelling sangatt katakaw.

Tyme jamuan raye sekolah jer kau bole over ver ter doss kat sekolah mengalahkan cikgu. Untung-untung jugak sekolah aku ada studio. AJK tak ley blah memang muka aku dengan member jeh. then kuasa camre juge di tangan kami, yes ofcoz lah! konsep photoG semua dah lari bila memasing dah mula berebut nak begambar.

#Merdekaraya


sekarang aku dah malas nak update2 gambar kat pesbuk ke twitter banyak2. since ada blog, semuanye iolls nak share kat sini jeh, senang sikit. tapi kat sini pon private way jugak, namo namo right klik and kopipes atas niat untuk mencuri gambar saya plishh... 
*err konon somebody lah sangat sampai warning2 orang ek paten? 


nak iolls kenalkan ke? ok.. baju kaler2 soft pink tu cik Banun, baju kuning tu cik Wawa, baju cekelet tu cik Ceam, baju ala2 tarkus tu Eyla and that gugurl yang duduk di bawah tecepit tu cik sarah..


lewllss funny of them. perhatikan muka-muka kami yang happy. kompem tegelak. :P
i dunno, but i just fall in love wif my uns kurung.. this, i have made and design it myself. nak feeling-feeling kiut miut. walaupon hakikatnya non adoo.. and i also happy when my fren said my kurung look like ala-ala korean way when see at da back. hhuhu. love it lahh.. but in other side, sad when jejaka-jejaka nakal are playing wif my ribbon. kuajaa... aku gigih mengikat kat belakang, sesodap rasa secubit garam je tarik balik. watch out you Fazzlan! taubat bwt baju mcm ni lagii... TT__TT
oh yaa, thats my chinese gugurl. duduk sebelah ite kat dalam class.. aku ni tak bole duduk dengan member, hilang fokus. 
bila dah lama tak update blog ni, otak i macam lembap sikit. Apa yang aku fikir dengan apa yang aku nak tulis semua macam n ERRORRR!! stop. and thinking. thinking. patu dok sibuk nak susun ayat, then ayat first2 teros lupa.  ei dah lah ayat tunggang langgang besepah tah hape hape. Aku rasa korang yang baca ni pon macam malas nak baca.. tak seronok. Sedih camnii..







so, here da endless... hope after this are not the last memory for us. Much love uollss.. :*

Gambateh!

p/s: apa macam?? kte bersua lagi di entry yg seterusnya. daa..

July 15, 2013

kasih sayang serta kerinduan seoraang teman

Assalamualaikum ...

Hye. alhamdulillah... saya baru je lepas baik demam. selsema teruk jugak aritu. sneezing nonstop.  Puasa awak- awak semua okay? Jaga kesihatan ye semua.. jangan jadi seperti saya, saya selalu stress then makan pon kurang...   hurm oke guys macam perhatian sangat je gaya penulisan aku nih.  Bulan-bulan puasa ni kalau  nak tw aku lebih bertambah-tambah kurang makan disebabkan aku hanya makan tyme berbuka and sahur jea. itu pon dalam kuantiti yang boleh dikira sebagai s.i.k.i.t. serius lah. aku tak lalu, aku tak berapa lalu nak makan sangat.

Harini curik-curik masa nak update blog. tehee.. bukan curik-curik nak makan ye.. eh,eh. k banyak sebenarnya kekangan aku untuk membahagikan masa lately ni, tapi untuk harini aku just nak meluangkan dan meluahkan sedikit waktu untuk aku releasekan otak, ohoo anyway macam apa je bila aku dah tak reti nak uruskan diri sendiri. aku baru je balik dari sekolah tadi.. tibe tibe rasa nak update entry since lepas ni aku dah tak banyak masa lagi nak menghadap mu wahai blog kesayangan.

                                                                  ******************

Amacam intro?
oke geng, back to the title.  anda semua mempunyai rakan, teman serta sahabat kan? antara orang yang terpenting jugak laa dalam hidup kita sebenarnya after mama papa family, and sweetheart? ups sorii i letak you ditangga yang ke bawah sekali sebelom anda sah menjadi halal untuk ku.. then baru lah bole otomatik letak yg paling atas kenn.. eh dah kenapa kau?

ok biasa lah kalau dah namanya sahabat kan mestilah dia yang boleh buat kita sentiasa happy and everr.. dia lah yang bersama kita masa susah dan senang. and... paling seronok sekali bila kita ada minat yang sama.. yeay! selain tu, antara orang yang boleh kita sharing masalah kalau kita malu nak share dengn mummy kita betul tak?Selalunya bila ada sensitivity part aku cerita je dengan mak aku.. walaupon aku tau apa yang aku cerita tu boleh menimbulkan kemarahan. tapi rilek jee sebab kadang-kadang apa yang aku buat bukan betul pon. tapi aku ni jenis yang open minded, aku terima jee... aku rela dengar apa yang akan keluar dari mulut mak sebab tak disangka-sangka apa yang mak kita cakap tu boleh buat kita sedar diri sikit. hah sedar diri tu penting k. takpon, paling tidak aku akan share dengan kakak aku. Sebab tu kalau dia takde aku kat rumah macamm murung sikit,  ceh  *bangga dye kalau tw.

tapi aku ni jenis yang banyak berahsia jugak. aku akan share sesuatu dengan kawan bila tyme aku ada moment happy-happy je. no doubt aku ni jenis yang kuat bercerita and bila tak tahan sangat nak simpan perasaan aku akan luahkan dekat kawan. Sebab tu pentingnya kawan. Aku ni jenis yang ramai kawan. semua boleh dikatakan memahami and alhamdulilah mereka pendengar yang baik. Pernah terbaca, sahabat yang baik adalah pendengar yang baik. So, bila aku ada kawan-kawan macam ni rasa tenang je. Thank to uollss frens.... 

. . .

aku ni jenis yang tak kesah, and malas nak amik tahu hal orang.. but part yang penting, aku sangat hargai mereka. kadang-kadang jugak aku suka bersendiri, aku tak perlukan kawan. konon mood lonely katakann. setiap orang ada bermacam-macam ragam and aku enjoy bila dengan kawan. Aku tak pernah letakkan siapa kawan baik aku and mengehadkan hanya dia sahaja yang tau latar belakang, cerita, rahsia or semua benda lah baik buruk tentang aku. and aku jarang share masalah dekat umum means macam twitter or facebook something like that. ouch.. bimbo sangatt...









peluk ketat-ketat.



jumpe pic ni dalam camera kte,
hm rindu. rindu gadis ni., semoga rohnya aman dan tenang selalu. Al-fatihah.

 last but not least,
i love all you guyss....
miss. miss.
http://ainajulia.blogspot.com/2013/06/selamat-tinggal-nur-syahirah.html#comment-form

Thanks for reading. :)

July 1, 2013

Program Merakyatkan Filem !


/Post ni terlupe nak publish.
so sila berpura-puralah anda bahawa harini seperti semalam. hehe.. 


   Assalamulaikum.


Hye! semalam (sabtu)  iolls dengan members berjalan-jalan di kota raya Kuala Lumpur. Oke nak dijadikan cerita lah kan, i nih sebagai ahli club members yang superaktive nih telah join mereka ahli-ahli Kelab Photography and Pencinta Filem untuk meramai-ramaikan jemputan Finas hadir ke Pawagam Odeon yang dekat Jalan Tunku Abdul Rahman tuh. Tayangan percuma katanyee... and Finas pon memang banyak kali kalau buat anjuran akan menjemput sekolah kitaorang datang. So dis is just the school strooll entry.

Dalam dua tahun lepas, banyak kali jugak laa aku suka ikot cikgu rombongan pergi Finas. Sebelah Zoo Negara. Salah seorang ahli kelab Pencinta Filem lah katakann... but now, aku jadi photoG sekolah lakk. huu... Lepastu aktif dengan Radio sekolah pon ye jugak, menyanyi? kau rasa? ihik tamak haloba siott... semua nak conquer dalam setaun nih sebab bagi aku terlibat dengan semua ni enjoy giler kud. Sangat best. Mungkin minat aku sendiri, melalui ni jugak aku berani berhadapan dengan semua orang, bercakap dengan ramai orang, beramah mesra dengan orang yang belum aku kenal. :)  and lagi satu, bila aku diam orang akan kata aku sombong tapi sebenarnyaa aku ni pemalu. cehhh... harus tak aku paksa korang suruh pecaya?

tyme-tyme macamni laa nak guna sehabis mungkin kenangan dekat sekolah. nanti rinduu... 


oke, ini Dina. She's so kind, pretty and humble you know..


My classmate Afiqah. Si penceria kat dalam kelas. Bila di kaji-kaji balik, mood kawan aku sorang ni suka bertukar-tukar ikut waktu. Lagi-lagi kalau dia dah  kenyang, non stop berkata-kata dan menggila hokeh.
*sorry, i kritik you. hiks ><


cer teka kitaorang tengok cita apa???? sebelum tayangan bermula, while datang awal sangat kan, jalan-jalan dulu dekat sekitar area Sogo mall. Pastu makan ke ep ci. Pastu kelam-kabut memasing sebab cikgu dah call soh berkumpul depan pawagam Odeon cepat. Ayam pon belom sempat berenang dalam minyak. Tapi i rilekk... Pagi-pagi tak sanggup sumbat ayam goreng so order nugget dngn wedges jeh.


Aman tak sporting ------------------------------>>  



Jeng-jeng! Filem Rock Oo lah. Even filem ni dah kelua panggung, tb semuaa... apa salahnya kalau mereka nak menggembirakan hati kanak-kanak sekolah nii dengan tayangan semula. wahahaa.... Kita jumpe Pekin dan Sofi Jikan.


muka aku malu tak tentu pasal memang macamni gayanya. senyuman yang kompem tak menjadi.


Layan gambar tanpa menulis apa-apa cerita boleh? :P


tyme ni dah nak balik,. sambil menuggu captured-captured gambar sampai abang kedai al-ikhsan semua tu keluar tengok kerja gila kiteorang kat depan kedai dyorang. hahha... kesah lak aku khann...


 pekene weyh dengan kaki aku -__-'



syiiookkk... angin kuat sampai beribu kali i betulkan tudung i yang hampir terselak tw.. k gedik k gedik. abaikan. This girl are awesome beybeh. qeela yang tengah tu menggila dalam bas joget-joget riang tyme nak balik. aku rasa dia terasuk hangen senja agaknya. well... budak bawah kteorang said perangai kami macam budak-budak. Nak turning sikit words dia, kami budak-budak yang matang. oke kui kui., ;) love you guys.

# berkawan biar beribu, bercinta biar satu. *tetibe
_________________________________________________________________________________ 


that;s all.....
boiiyeee......................

p/s:  mungkin lepasni dah struggle dengan persiapan SPM.
and Selamat Menyambut Bulan Ramadhan...
Thanks for reading!

June 25, 2013

Posting ...


Assalamualaikum ...

ekceli aku akan tergelak bilaa ada orang kata yang aku ni seorang yang lemah lembut .. huu muka i ada tampak seperti seorang yang lemah lembut ka? alhamdulillah...
( kau taktw kerek aku macam mana :* )

maaf, saya bosan harini. 


ini kakak saya ...
kali ni nak kata, yang dia tak reti senyum tunjuk gigi... akekeke,  tak ikhlas bebenao tengok muka hang tuh.

guys! lagi beberapa hari je nak bulan puasa... excitednyaa,, berdebar-debar menanti hari SPM tiba pon ada gak. jangan kira SPM, kau kira triall dulu. cepat kan masa berlalu? Mohon dipermudahkan segala urusanku Ya Allah. Darah takut  bagaikan derembes dengan kencangnya dan percikkan rasa seolah-olah macam aku tak sanggup. woaa.... kau kira berapa hari je lagi? kira lah kira. but i think now, stop counting Patin! just Fokus! yes. Fokus!

'' pehal SAPS still tak boleh semak? grrr ''

tiap kali online, aku memang suka baca post2 cerita yang menarik. jangan tak tau yang sebenarnya aku ni salah seorang silent blog reader yang tegar... selalu jugak aku mengambil input dari apa yang aku baca. Laman blog ni sebenarnya dah lama dah aku daftar, dari tahun 2010. tapi tak pernah aktif since aku mula tak paham cara menggunakannya. Sekarang! semakin membuak-buak rasanya apabila asyik nak update entry even tak tau apa yang hendak dibahaskan. Rasa macam semua benda nak share. Blog dah cantik kann... anyonyonyo

well, bila aku tengah berjalan-jalan atau buat something.  banyak benda yang aku rasa aku nak tulis. tapi dah duduk and start mula nak menaip, semua hilang and aku rasa cerita itu dan ini tidak perlu. maturity strikes sangat!

okee this is just random post. nak tonang-tonang kan kepala.. and saja nak tambah entry., kalau ada cerita gua tulis. bubye... take care people. 


June 19, 2013

Aku hargai seni.

Assalamualaikum.

Korang ada hobi tak? *clisye dohh soalan. hobi aku selain makan tidur, aku suka jugak buat aktiviti luar.. kira seimbang lah jugak kan kalau nak mantain bentuk badan. hhuahahha...   takde ah terperuk manaa and malas-malas pon still berbatas hokey.  Jujur aku kata, aku kalau tak gerak seminggu tanpa melakukan sebarang aktiviti contoh senaman kee.. berkemas kee.. aku dah start rasa malas untuk hari yang mendatang. 
Like, seriOusly uoolls..!      otak pon naik lembap.

tapi entry kali ni bukan nak cerita pasal hobi. tapi SENI.  Agak besangkut  paut  jugak lah tu kan?.  Oke tak semua orang yang ada bakat seni nii sebenarnya. Banyak peranan dan cabang dalam bidang seni kalau uolls nak tw. Sat ahh.. kita cerita satu-satu dulu.

Sebelum tu, cuba korang kaji-kaji balik and pikir-pikir yang korang ni ada bakat dalam seni tak sebenarnya?
Penting jugak, atleast kita boleh tw yang kita ni ada keupayaan tersendiri yang mampu membuat orang lain rasa kagum kat kita. tak gitu?  Bukan ana nak mengajar kamu untuk bongkak serta riak. Huisshh` sama sekali tidak. tapi berkat pada bakat kita jugak sebenarnya mampu menampung kehidupan melalui pendapatan hasil daripada bakat kita hah`.

 .
.
.

Contoh 1 : Lukisan

potrait monalisa.
# Jangan pandang lama-lama.
( orang kata lukisan ni makin dipandang makin senyum. :) / pffthh berhantu -_- )

Kalau uolls nak tw, I pon reti melukis. but maybe tahap aku tak seproo yang disangkakan lah. Aku lukis-lukis kartun, pemandangan je retilah. Sejak habis sekolah rendah aku dah kurang melukis-lukis ni, and aku tak tau sekarang aku masih bole lukis secantik dahulu ataupun tidak.  tehee.. macamto pulak ye paten?, selalu orang ingat makin matang makin perfect lah lukisannya, tapi aku tak. disebabkan dulu aku fanatik gilerr dengan anime jepun, aku boleh lukis sejibik kau tw character tu and aku rasa lukisan zaman kanak-kanak aku dulu lah yang paling superb cantik sekali.    ngeeee.......

Lukisan 3D
Cantik kan weyh? macam real.. sumber mr.Google. Lukisan ni dilukis dijalanan jee sebenarnya.
.
.
.

Contoh 2 : Kereta berhias

Car cow _ pesta pertunjukkan kereta berhias paling terbesar di dunia. 

Pelik sangat ke kereta berhias dengan seni? Sebenarnya aku just nak tunjuk yang mereka ni ada bakat dalam penghasilan deko-deko nih. It's art u knoww..  And what i think is, tangan orang yang ada seni sahaja yang mampu buat. Tak caye? cuba korang try buat something yang unik, make sure cantik, bukan pelik. unexpectable korang akan perasan yang sebenarnya korang ada bakat. Carik bakat tuh, bukan perasan jeh lebih oke? -peace-
.
.
.
Contoh 3 : Muzik


Yaa... sekarang ramai sangat yang berbakat dalam bidang seni muzik. Lagi-lagi bagi mereka yang reti bermain dengan alat muzik. Tapi untuk aku, hahaa.. tidak sama sekali and iolls tak minat. Kau tw tak note2 muzik akan membuat aku bertambah gila? (macam before this aku gila jeh) *sikit ahh hihiks.  Tapi aku hargai... setiap bait-bait serta kenyaringan bunyi instrumen yang dialunkan aku hayati betul-betul. Ceh poyo tak poyo? alouuhh... betol ahh~ :O so, kepada sesiapa yang mempunyai bakat dalam bidang seni muzik, teruskan usaha anda.. Pastikan ia merdu, nanti kena  BOOOO.... :P
.
.
.
Contoh 4 : Makanan


hahaa bukannya seni rasa makanan sodap ke tidok. tapi seni melalui dekorasinya sahaja... Apa fikir makanan takpayah nak decorate2 ke? macam mana nak laris dohh... Ni salah satu langkah untuk menarik perhatian pelanggan jugak. Eh' termasuk topik bab pelarisan makanan pulok. hahaa takde ah, persembahan makanan pon turut menilai imej kita jugak kalau nak tw. Terutama dari segi kebersihan ye. Diulangi, kebersihan. Kalau boleh, secantik perhiasan makanan tu, sesedap  rasanya jugak ok   !
.
.
.
Contoh 5 : Tarian


ini baru salah satu bidang yang aku minat. Aku mula terlibat dalam tarian tyme sekolah rendah dulu masa darjah lima.... :B tyme tu dapat Naib Johan. Kenape tak Johan?? Faktor,, salah pilih lagu hm. Dan sampai sekarang mata aku akan terpaut kalau tengok orang menari. asyikasyik tradisional uollss... Kalau kau nak tw menari ni sakit weh sakit. Pinggang boleh patah kalau tak melenggok betul-betul. Kau boleh jatuh kalau kaki salah mendarat. And thats why i thought you ini senii...

Mak cerita, family memang ramai yang dari golongon orang seni dulu. Ahli muzik weh. tapi tidak diturunkan kepada anak cucu mungkin mereka ada sebab tersendiri... Aku rasaa, even tak diturunkan ilmu seni, darah orang seni still mengalir kot. Dalam pelbagai bidang. And totally orang tak sangka kadang-kadang kita mampu buat dan mereka tertarik.



Thanks for reading!
p/s: untuk pengetahuan, banyak lagi bidang seni like seni ukiran, seni fotografi, seni mempertahankan diri and   ect.

June 15, 2013

Tak faham bahasa atau Tak reti bahasa?

Assalamualaikum.

Hye! so harini rasa nak update blog. huu~  jadi awak-awak semua apa khabar? sihat? ada cerita tak? kalau ada mai lah share-share sikit kat gua haa... Memandangkan aku bizi sebenarnya, takde ape pon nak tulis.. tadi tengah siapkan folio addmaths, then printer aku buat hal pulak.. sabar jelah. hm padah masukkan paper tambahan tyme printer sedang berjalan printkan semua kertas-kertas kerja. hahaha.. padan muka kau paten. now dah stuck.            TTTTTT_____TTTTTT           

Guys! dah alang-alang aku menaip ni kan,  
sambil-sambil menyelam, telan air..
iklan sattt... hiks! 

caption : gedik-gedik siuman.

jangan rasa mahu tampar ataupun ludah, (siapa kata?) :P . btw guys, lihat tajuk. erti macam lebih kurang je kan? maksud aku kat sini bukan kau cakap bahasa india ke cina ke kat orang melayu yang memang tak ada belajar bahasa-bahasa tu dah sah-sah lah memang tak faham kan, tapi ni tentang orang yang kau cakap bahasa yang terang-terang dia akan faham tapi tak reti nak memahamkannya. Macam kasar je ayat aku eh? 
so title ny,                       lebih ditumpukan kepada        orang yang tak reti bahasa. 

Normal bagi setiap manusia yang ada sifat rasa suka dan tak suka. Macam i sendiri memang banyak perkara yang aku tak suka,   hep! bukan cerewet.  tapi mungkin sikap aku dan aku ada pendirian. Bila kita cakap sesuatu kat orang tu, kita harap sangat dia faham. Situasi tak selalu yang kita harapkan,. Takkan nak sampai kita kena maki hamun dia, atau buat benda yang diluar jangkaan dengan berharap dia akan faham kita. Kalau orang yang tak reti bahasa, yes! dia akan buat apa sahaja sampai kadang-kadang kita sendiri yang rimas. rasa nak lari jauh-jauh. cuma tak mungkin kalau keadaan tak mengizinkan rite?

come on laa... bukak minda, terima kenyataan. jangan sempitkan otak mahupun gelapkan hati. Kenal diri sendiri and sedarkan diri. Orang akan sayang kita kalau kita bersikap jujur serta matang.

basicly here.. wujudkan kesempurnaan diri pada orang lain walaupun kita lemah, kita tahu kita tak seberapa.. orang akan lebih suka dan hormat kita kalau kita juga reti hormat orang lain. ok uollsss... :)

Thanks for reading!
P/s: i just dont have any heart.

May 27, 2013

Part 11: Citrawarna 1 Malaysia 2013


Assalamualaikum.

Guys! seperti yang dijanjikan harini nak sambung cerita entry yang lepas.. thats iolls dah cerita tentang training kteorang kenn.. today, even telewat 2 hari dari malam i perform tu tetap kita akan tunaikan. act i baru jea habes class tambahan tadi dekat sekolah. meant by 'Perkampungan Ilmu'. 3hari kau tau tak aku kena gigihkan waktu cuti aku datang sekolah. memang tak payahlah nak dreaming sangat sekarang ny since kau dah form 5 patenn.. Cuti memang dah tak ada serupa cuti lah, ni belom tambah kerja kursus aku yang tak siap lagi. Terkejar sana sini. pleaselah bersyukur.. Bab makanan tadi, alhamdulillah.. makcik kantin masak sodap lak harini ewahh. Free mana tak sedap nye kann. hahah, then siap tanye lagi 'nak tambah nasi?' mungkin makcik tu kesian sangat kud dok tengok aku licin-licinkan bekas polistrin kasi kilat habes tadi. hik2.. habes makan, selang beberapa jam, mengantuk ya amat dohh... memang macam baby hippo lah kau ni FN. 

eh, intro pikir nak taip sikit je tadi. hehe.. ok back to da story aku, kami bertolak dari sekolah dalam pukul satu then like before, weolls berhenti di muzium negara untuk makan dan solat. Dalam terkejar-kejar waktu, I still sempat lagi order coconut shake lepas makan tw.. tak payah nak kata lah, perut gua memang macam tong. bergelen-gelen makanan dan air boleh masuk,, Malaysia panas beb. so kesempatan jugaklah nak cooling2 kan tekak.

ok aku bagi korang layan gambo dulu,
Dataran Merdeka


ni antara persiapan kteorang, dalam pukul lima dah rushing nak lengkapkan semua kostum.. 

alooooohahh... hawaii. hawaii.



after makeover.._____  makup2 tipis jee.. semue bwt sendiri-sendiri... sory for the quality picture. i banyak captured gamba pakai fon. Then, gamba iolls pon banyak kat kamera mereka and none upload. sepanjang aktiviti ni, kamera i dok rehat aje kat dalam beg. hee

with full of Asli dresses..
oke belah kanan is wawanini, and di kiri is aqeelah. a.k.a eyla dania uollss..

Citrawarna 1Malaysia melibatkan 15 segmen termasuk eko-pelancongan, inap desa, pelancongan sukan, beli belah, warisan dan 'magic of the night'. bagi group yang combine dengan kiteorang semua berkaitan dengan persekitaran, ada alam laut and hutan. Untuk pengetahuan, agak dalam seramai 6,700 peserta jugaklah yang sertai acara ni. Ramai yang mewakili dari persatuan Rakyat Malaysia, institut pengajian tinggi awam dan swasta serta pertubuhan belia.

pic credit to aiman.
sebilangan gambar semua dari dia..  toce.toce.

dalam ramai-ramai ni, carik i cepatt...


kahkah umpama asli celup gitu. sedih arr gambo tak clear... apepon we enjoy! kanvas tempat weolls jalan, basah licin dohh cuz hujan renyai-renyai. memang naseblah bagi penari yang dance with high heels.. kesian gak. tapi nak cemana lagi, dah profession mereka ken. see macam kami sempoi berkaki ayam jea, takdo sosah-sosah nak pikiak kasot akekekeke....

agak better lah jugak kteorang perform awal. tak lama pun, lagu dalam tiga minit suku centu. tyme ni dalam pada nak masuk tu aku berlagak lah sikit macam miss universe uollss. jalan-jalan, tunjuk gigi, then kau lambai-lambai tangan sambil disaksikan penonton yang tengah captured2 muka kau. hahhahaa... diva sangat haku. eh tolong sedarlah, kau dah di cap sebagai orang asli suku kaum Mah Meri. hahah... Lagi satu, comel bapak aku gi rakam tarian kteorang kat tv. atotoo.. >< 

Thanks for reading!

May 25, 2013

Part 1 : Training of CitraWarna 1 Malaysia 2013

Assalamualaikum.

Hye guys.. before that, i want to say thank you for u guys yang click and visit blog iolls nii... even uolls tak baca sangat and sekadar nak menonton gambar, (eh, hagak aku jeh) but today i nak paksa jugak guys baca entry ni. kahkah .. maaf kalau penulisan aku berterabur and aku menyusahkan korang nak membaca, tapi bagi aku, i just want to wrote what i think its lebih santai... okeh. 
'suke hati lah. ni ken blog gua.' 
(hiks.kau nampak tak? maaf2, budi bahasa budaya kita.)

untuk pengetahuan, aku baru je habes mid year exam. tak sampai beberapa hari nak habeskan paper tu, aku dikejutkan dengan berita yang aku sendiri tak dapat nak terima.. yeaa, my friend. she's gone.. boleh dikatakan aku rapat jugak lah dengan arwah, even tak selalu bersama.. we pernah spend time together and seriously she is the kind girl. selalu jaga hati kawan-kawan dia, mungkin sifat dia. yes, already one week. weolls miss her much. Then, bole dikatakan jugak esoknya aku tak dapat nak tumpu untk exam kimia. uggh how come? truthly is, this is the first time aku merasakan kehilangan yang teramat. tapi kami kuat, ini semua ujian dari Allah.. nak taknak, kena terima..

oke. close the case.. start hari selasa dalam minggu ni jugak aku dah mula rasa penat gila wehh.. huh i ditugaskan untuk menjadi photographer sekolah pada sambutan hari guru. "Selamat Hari Guru Cikgu.." kay, dah lepass.. and petang nya sampai laa ni aku tak berhenti pergi balik sekolah pagi petang, pagi petang.. ni yang cek nak mai habaq kat hangpa semua... yang weolls terlibat dengan program Citrawarna 1Malaysia. excited tw.. tak sangka boleh terlibat dengan acara negara nih, lagi-lagi bersifat tarian. boleh dikatakan aku minat lah jugek.. Program ni antara aktiviti tahunan bagi mempromosikan sektor pelancongan serta menampilkan kebudayaan rakyat Malaysia. Lanjut >> Sini
  
with Sarah.
tyme ni kat dewan tititwangsa, but kteorang dah terlewat sampai... then dewan pon dah tutup. err aku rasa sangat buang masa hokeh datang sini konon nak training bagai. weolls pusing-pusing taman and teros go through surau yg ada. pray for Asar.. urm2. nak mintak perhatian sikit lah, tolong jaga kebersihan rumah ibadat dan kesucian tempat solat kita.. -OO-


Pinggu Version gua.

Dalam 3 hari jugak lah weolls berkampung di Dataran Merdeka. all food, mereka yang serve. dalam perjalanan ke dataran kteorang akan singgah ke kafe muzium negara untuk makan dan solat, mana yang sempat jelah. Untuk first day aku nak bagitau kat korang hahah, like sebelum kteorang menampilkan tarian kat dataran reramai.. mestilah weolls dah training dulu,. tuptup sampai sana, kenapa lagu nya sekerat? kenapa lagunya rancak? kenapa kami dipisahkan? macam mana nak menari ni? hahha.. macam-macam dohh kerenah kteorang. kadang-kadang tension, frust, moody tapi dalam masa yang sama jugak weolls tetap enjoy and sempoi... bak kata Diana Ross ..Apapun yang terjadi, kita kena tetap teruskan jugak.. hokey go! beliau adalah orang kuat dalam performance kamik.



Tema untuk kami persembahkan nanti its about Alam Sekitar. lagu Hijau by Zainal Abidin akan diperdendangkan but in fast version. Okeh nak cite bab pakaian, kami akan mengenakan full dress orang asli. Second day untuk rehearsel, memang kecewa jugak laa cuz pakaian still takde lagi, padahal semua orang dah siap in full rehearsel dress kat dataran tuh. Cantik-cantik beb. Sesi sibuk-menyibuk dengan orang lain pon bermulalah, at the same time tambah kenalan. hiks.. Dalam ngomel2 jugak kteorang ny, sekali terfikir laa yang bukan senang nak menganyam daun2 and pakaian yang dari kulit kayu you know.. lagi-lagi nak siapkan untuk lapan puluh orang peserta. Kau mampu? jenuh dohh nak buat, then tau jea lah yang daun akan cepat layu kan. Tapi aku dapat tw lain lak citenyee, lagi kering daun tu lagi cantik dipakai.. ohh.. kau nampak tak permainan dia ?




yeahh ni foto-foto petang tadi kat sekolah. costume dah sampai... sehari sebelom perform untuk esok. teaser sikitlah dari aku yang tak pakai lengkap lagi gelojoh nak bergambar.. ngehngeh :B


so guys. jangan lupa saksikan weolls on TV2. pukul 9 malam. naseb jea lah kalu ada muka itew nanti.. 
btw, nantikan entry ku yang seterusnya iaitu pada malam kemuncak. daa...